Sunday, January 6, 2013

ME MYSELF..(^___^*)



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

ASSALAMUALAIKUM..

First entry saya kali ini: pengenalan/salam ukhwah untuk semua yg mengunjungi blog ini. 

Nama diberi Nasiha Binti Kamaruzaman. 22 tahun. 

Seorang lepasan siswazah di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS BANDARAYA MELAKA dlm jurusan Bachelor in Business Administration (Hons) (INSURANCE). Ingin menyambung pengajian yang lebih tinggi, In Shaa Allah sehingga ke PhD, sedang mencari masa yg sesuai untuk menyambung pengajian, plz doakan saya ye..=)

Seorg yg suka mencari pengalaman, suka belajar xkira pa jua asalkan yg berfaedah, sukakan sesuatu yg unik dan kreatif. Suka berkongsi pendapat dan pengalaman. Suka membaca buku2 ilmiah, motivasi dan novel.

Sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan (semoga Allah permudahkan, aamiinn), sedang berjinak2 dlm mendalami ilmu agama (kdg2 terasa jahil lg, xsempurna)=(..Alhamdulillah, my big family n friends sentiasa menyokong dalam pa jua keadaan.

Alhamdulillah sekarang tengah berjinak2 dlm mempelajari bidang perniagaan (9/10 rezeki dtgnya dr perniagaan). Sejak awal, family sudah memulakan perniagaan runcit, dlm kita membantu kita mempelajari selok belok perniagaan (terima kasih ibu n ayah yang sentiasa memberi nasihat yg berguna, dorongan yg membina dan sebagainya).

Alhamdulillah, adik beradik telah meneruskan pengajian di IPTA, IPTS dan sekolah rendah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan2 mereka, menjaga mereka walau di mana jua, memberikan kejayaan yg cemerlang, memberi petunjuk dan hidayah untuk menjadi muslimin dan muslimat yg berjaya serta di rindui syurga FIRDAUSI Allah..In Shaa Allah..ALLAHUAKBAR!!

Berharap agar ibu dan ayah akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Kota Mekah (berharap juga 1 hari kami sekeluarga akan kesana bersama2), menjadi tetamu Allah serta melengkapkan rukun Islam yg ke-5. Semoga Allah makbulkan segala apa yg mereka inginkan dlm mempertingkatkan keimanan kepada-NYA.

Sentiasa berharap dapat membantu org2 yg kurang berkemampuan, saudara2 seagama di PALESTIN (Allah sentiasa bersama kamu, bersabarlah dan ingatlah janji2 Allah sentiasa BENAR) serta membantu anak2 yatim serta warga tua..=), marilah kita sama2 beramal serta menyemai kasih sayang dlm diri.

Sedia menerima kritikan yg membina dlm membantu membangkitkan keyakinan diri untuk mengukuhkan lagi kejayaan pada masa yg akan datang. 

Akhir kata, marilah kita semua berubah ke arah kebaikan, jalan menuju Allah Yang Esa kerana DIA Lebih Mengetahui dari yang lain serta sentiasa YAKIN dgn JANJI-NYA kerana sesungguhnya DIA tidak akan MEMUNGKIRINYA.

"Believe in yourself, you'll become alive,
Have faith in what you do,
You make it TRUE"






No comments:

Post a Comment