PRUBSN TAKAFUL


Wang...Wang...dan Wang...



Wang membuatkan kita sering kali alpa dlm membezakan antara keperluan dan kehendak, ini mungkin kerana ianya sentiasa penuh di poket/kocek ataupun di bank...so, rasa seronok je bila berbelanja, correct or not?- kadang2 sampai xpayah tgk harga tuuu..main beli jeee..ish3x..

But not everyone like that, ada yang bagus, buat simpanan dekat bank..ada yg dh menimbun2 tapi...
pernah terfikir ataupun tidak "if something bad happen to us", "what will 'us' do?","what happened to the money in the bank?" ermmm..mungkin akan berkurang sbb kita guna untuk perubatan kita, perbelanjaan org rumah kita, pendidikan anak2 n so on..Nowadays, barang2 yang dulu murah pun dah naik HARGA betul x??Kita xtau lagi pada TAHUN2 yg akan datang pada zaman ank2, cucu2, cicit2 kita lagi, HARGA BARANG akan jd berapa $ berkemungkinan, akan jadi seperti ini:-



so, why not kita ambil sedikit wang yang kita simpan dekat bank untuk disimpan sedikit dalam takaful, xrugi apa2pun sbb apa selain simpanan kita dpt perlindungan ditambah pulak dgn pelaburan..selain itu ada juga bonus2 yang lain menanti kita..(^___^*)


Di bawah merupakan pengenalan kepada PruBSN Link Series, sesuai untuk semua peringkat umur, check it out ok..=)

1.       Apakah  Pelan PRUBSN Link Serius?

Plan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu "Takaful Operational Framework" atau TOF. Plan ini lebih mengkhusus kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Plan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan career, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak career dan akhir sekali selepas bersara.

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

Ø  Belia
Ø  Baru Keluarga
Ø  Keluarga yang Berkembang
Ø  Bakal Pesara & Pesara

Plan PRUBSN Link Serius terbahagi kepada 3 pelan iaitu :

Ø  PruBSN FirstLink
Ø  PruBSN Takafullink
Ø  PruBSN SmartLink

2.      Apakah Pelan PruBSN FirstLink ?

PruBSN FirstLink ini boleh disertai dengan minimum caruman RM 100 sebulan, individu berumur 19 tahun hingga 25 tahun dan boleh membuat pilihan untuk tempoh matang pada umur 80 tahun atau 100 tahun.

Apa yang istimewa adalah, plan ini disertakan dengan :

ü  Bonus AchieveFirst
ü  Bonus Kesetiaan (Loyalti Bonus)
ü  Perlindungan berterusan sekiranya ada masalah kewangan untuk membayar caruman bulanan.
ü  Bonus AchieveFirst

Bonus ini akan memberikan RM 500 kepada client sekiranya beliau mencapai perkara2 berikut :

ü  Membeli rumah pertama
ü  Menunaikan ibadah Haji
ü  Berkahwin
ü  Menunaikan ibadah Umrah
ü  Apabila anak anda dilahirkan
ü  Menerima Ijazah pasca Siswazah

** Nota : Bonus hanya akan diberikan sekali sahaja

3.      Apakah Pelan PruBSN Takafullink?

Pelan TakafuLink ini merupakan pelan Takaful berasaskan pelaburan Syariah. Selain manfaat asas iaitu Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh disertakan dalam pelan asas ini yang dipanggil Rider.

Secara ringkasnya, manfaat dalam plan TakafuLink ini terbahagi kepada 5 bahagian utama :

ü  Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
ü  Pampasan sakit kritikal (36 jenis penyakit)
ü  Pampasan kemalangan (mati atau lumpuh kekal keseluruhan)
ü  Manfaat Hospital (Kad perubatan dan elaun harian hospital)
ü  Simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan.

4.      Apakah Pelan PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink ialah Pelan pendidikan untuk anak-anak. Manfaatnya sama seperti seperti plan orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) namun apa yang TERBAIK didalam plan pendidikan PruBSN Smartlink ini berbanding plan pendidikan lain seumpamanya di Malaysia adalah :

1- Parent Contributor atau Joint Parent Contributor
Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam polisi kekal seperti biasa.

Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman tabung pendidikan anak akan automatik akan jadi percuma sehingga umur anak mencecah 25tahun.

Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tiada, duit untuk anak insyaAllah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda menyimpan duit untuk pelajaran anak anda di bank atau di tabungan lain seperti di SSPN/Tabung Haji.

2- Anugerah kecemerlangan
Manfaat lain dalam PruBSN Smartlink ialah sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan.

5.      Adakah produk Prudential BSN  Takaful mematuhi Syariah?

Ya, semua produk Prudential BSN Takaful mematuhi undang-undang Syariah yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. PRUBSN TAKAFUL juga mempunyai MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang dikeluarkan mematuhi Syariah. 

6.      Apakah Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun PruBsn Takaful?
·         Salinan IC
·         Salinan Mykids (Kanak-kanak)
·         Caruman Bulanan Pertama

Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohonan dan borang pembayaran caruman secara automatic (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan kredit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari kredit card.

7. Berapakah sumbangan minima  bagi setiap pelan PruBsn Takaful?
Secara umumya sumbangan  minima bagi :

1. PruBSN FirstLink    : RM100
2. PruBSN Takafullink : RM100
3. PruBSN SmartLink  : RM80

Namun, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza-beza mengikut faktor berikut :
ü  Jumlah manfaat yang diambil
ü  Umur
ü  Jantina
ü  Pekerjaan
ü  Status merokok

Anda dinasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan. Untuk mendapatkan manfaat dan jumlah yang sesuai untuk anda sila dapatkan Quotation Percuma.

7.      Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?
•           Credit Card
•           Autodebit Bank
•           Biro Angkasa
•           Direct Transfer (Maybak/CIMBclicks)

9. Bagaimana cara pembayaran sumbangan PruBsn Takaful?

Pembayaran sumbangan takaful boleh dilakukan melalui kaedah berikut :

1.      Card Credit
2.      Potongan terus dari akaun Bank (Autodebit/DirectDebit). Autodebit boleh dilakukan melalui akaun :
·         Bank Islam
·         Cimb Bank
·         Maybank
·         Bank Simpanan Nasional

3.      Potongan gaji melalui Biro Angkasa (Kakitangan Kerajaan)
4.      Melalui Internet Online :
·         CimbClicks
·         Maybank2u

5.      Pembayaran terus di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional
6.      Pembayaran terus di kaunter PruBsn Takaful secara tunai atau menggunakan cek.

10. Apakah kegunaan Medical Card (Kad Perubatan)?

Medical Card merupakan manfaat tambahan yang disertakan bersama dengan Pelan TakafullinkSeries. Ini bertujuan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (cashless). Anda hanya perlu membawa kad perubatan ini semasa membuat pendaftaran kemasukan ke Hospital Panel. Anda boleh rujuk :  Senarai Hospital Panel

11. Adakah Medical Card boleh digunakan di mana-mana Hospital?

Medical Card PruBsn Takaful hanya boleh digunakan di hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikn bil terlebih dahulu dan kemudian membuat tuntutan secara manual (diuruskan oleh Agent PruBsn Takaful).

12. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan (Claim)?

Di PruBsn Takaful, kami sebagai agent komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu tanggungjawab agent adalah membantu membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada agent butir-butir tuntutan (hospital, doctor yang merawat, jenis penyakit dll) serta memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal, bil dan laporan doctor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doctor semasa “discharge” adalah tidak mengapa, kerana agent akan membuat follow up bagi pihak pelanggan.


13. Berapa lamakah masa yang diambil bagi mendapatkan sesuatu tuntutan?

Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti yang telah disenaraikan diatas. Oleh itu, masa yang diperlukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doctor mungkin memerlukan masa antara 2minggu hingga 2 buan). Ini akan mempengaruhi tempoh masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang diperlukan telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 14hari bekerja bagi memproses tuntutan tersebut. Anda digalakkan selalu berkomunikasi dengan agent bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan tuntutan anda.

14. Apakah dokumen yang diperlukan bagi membuat tuntutan (Claim)?
Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen seperti berikut :

Ø  Tuntutan bil perubatan :
i.          Laporan perubatan dari pihak hospital
ii.         Resit asal
iii.        Itemised Bill
iv.        Borang tuntutan

Ø  Tuntutan Elaun Hospital/Laporan Pembedahan :
i.          Laporan perubatan dari pihak hospital
ii.         Itemised Bill
iii.        Borang tuntutan

Ø  Tuntutan Kematian :
i.          Laporan pihak hospital
ii.         Salinan Sijil Mati (Disahkan)
iii.        Sijil Takaful
iv.        Borang tuntutan


Di samping SIMPANAN + PERLINDUNGAN, kami juga menyediakan PELABURAN kepada semua, keuntungan yg peserta akan dpt akan ditunjukkan didalam QUOTATION yg akan disediakan. Terima Kasih...=)



Salam Takaful (^_^)
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih  lanjut sila berhubung (PM) dgn saya di:
Nasiha Kamaruzaman (Nasiha Kz) di FB
nasiha18_kz@yahoo.com
011-14798495
*thanks to Kak Huda..=)



No comments:

Post a Comment